UNIVERSITI adalah sebuah institusi yang mempunyai prestij kerana di sini dicanai segala fikiran dan di sini juga dikaji segala wawasan demi pembangunan dan kemajuan negara.
Menurut Kamus Dewan, universiti membawa maksud sebuah institusi atau pusat pengajian tinggi yang memberikan ilmu dalam pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah.
Perkataan universiti berasal daripada Bahasa Latin iaitu “universitas magistrorum et scholarium” yang bermaksud "komuniti guru dan sarjana."
Melalui maksud dan istilah universiti, jelas menunjukkan ia adalah sebuah institusi agung dalam bidang keilmuan dan perlu bebas daripada sebarang bentuk kebobrokan, kebungkaman dan salah laku.
Sebagai sebuah institusi agung di dalam bidang keilmuan, yang mana ia adalah sebagai pusat latihan dan pendidikan utama menyediakan ruang dan peluang di dalam bidang akademik kepada bakal pewaris kepimpinan negara, ia juga perlu mempunyai sebuah pentadbiran yang efisien dan berdaya saing.
Perkara ini perlu agar bersesuaian dengan prestij universiti itu sendiri sebagai institusi pengajian tinggi. Malaysia pada ketika ini mempunyai sebanyak 22 buah universiti awam atau disingkatkan sebagai IPTA diketuai oleh seorang ketua iaitu Naib Canselor.
Naib Canselor berperanan sebagai Ketua Eksekutif bagi sesebuah universiti yang bertanggungjawab memastikan segala perancangan, program dan dasar dilaksanakan dengan jayanya bertepatan dan selari dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui pemegang taruh universiti iaitu Kementerian Pengajian Tinggi.
Naib Canselor juga berperanan dalam memastikan kualiti yang tinggi, cekap dan efektif dalam bidang tadbir urus, pengauditan dalaman, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, pembangunan staf, kerja perundingan, perkhidmatan, pembangunan prasarana, dan pendidikan berterusan di universiti terus berlangsung. Maka, jawatan sebagai seorang Naib Canselor bagi sesebuah universiti adalah suatu jawatan yang cukup penting dan signifikan dalam memastikan kelestarian dan kejayaan sesebuah IPT.
Polemik berhubung pelantikan Naib Canselor di beberapa IPTA kian hangat.
Menteri Pengajian Tinggi didakwa begitu lambat menjalankan pelantikan Naib Canselor di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dakwaan ini dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di dalam Sektor Awam (CEUPACS) secara lantang menyuarakan kekecewaan badan tersebut dalam isu kelewatan melantik jawatan tertinggi itu di lima IPTA negara. Menurut Presiden kongres tersebut, kelewatan ini dikhuatiri akan menganggu pentadbiran universiti tersebut.
Selain itu, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) juga menggesa agar pelantikan Naib Canselor di IPTA-IPTA tersebut dipercepatkan dan mendakwa bahawa ketelitian dan profesionalisme pemilihan Naib Canselor adalah suatu helah KPT dengan berselindung di sebalik prosedur operasi standard (SOP) yang ada.
Selaras dengan peruntukan undang-undang yang digariskan dalam Seksyen 4(A), Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2019), Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi telah diberi kuasa mutlak untuk melantik seseorang Naib Canselor. Secara dasarnya, Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai garis panduan yang teliti dan telus dalam proses melantik seseorang Naib Canselor.
Secara asasnya, proses lantikan Naib Canselor, merupakan suatu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian dan kebijaksanaan.
Kegagalan untuk melantik individu yang berkelayakan akan akhirnya memaksa Menteri untuk menggunakan kuasa yang diperuntukan kepadanya untuk memberhentikan atau memendekkan kontrak lantikan seseorang Naib Canselor.
Maka menjadi tanggungjawab kepada Menteri untuk meneliti dan memilih individu yang layak untuk menjawat jawatan ini.
Atas dasar itu, pihak kementerian menggariskan tempoh masa 6 bulan untuk melaksanakan proses pelantikan seseorang Naib Canselor.
Proses libat urus yang terbuka, profesional dan kolektif akan dijalankan dengan mengambil kira pandangan dan cadangan daripada pemegang taruh universiti yang terlibat.
Selain itu, pandangan dan cadangan daripada pihak persatuan pekerja, staf akademik dan pelajar serta alumni turut diambil perhatian.
Malah di universiti-universiti luar negara, tempoh masa yang lebih lama telah diperuntukan untuk sesuatu proses lantikan seseorang Naib Canselor dilakukan.
Proses lantikan Naib Canselor di UK berlaku di antara tempoh 9 sehingga 12 bulan.
Sebagai contoh, University of Bristol, UK memperuntukan tempoh masa 1 tahun untuk memilih Naib Canselornya.
Di Emiriah Arab Bersatu, tempoh masa yang lebih kurang sama juga diperuntukan untuk melantik seseorang Presiden di universiti awamnya.
Jangka masa yang agak panjang dalam pemilihan Naib Canselor di negara-negara ini adalah demi memastikan hanya individu yang tepat dan layak dengan melalui pertimbangan yang sewajarnya dilantik ke jawatan utama universiti tersebut.
Individu-individu yang menggunakan talian hayat politik sebagai kaedah menawarkan diri secara terbuka sebagai calon Naib Canselor sewajarnya tidak diberi pertimbangan oleh Yang Berhormat Menteri.
Budaya melobi secara keterlaluan dan terbuka ini harus diberhentikan.
Universiti adalah sebuah institusi yang membentuk peradaban dan nilai.
Universiti perlu menjadi suri tauladan dengan memberi contoh yang baik.
Ia dapat dimulakan dengan pelantikan Naib Canselor yang dilakukan secara terbuka dan profesional.
Mungkin sebelum-sebelum ini proses pelantikan Naib Canselor di IPTA dapat dilaksanakan dengan lancar, namun dengan cabaran krisis kesihatan yang telah menjungkir balik tatanan sistem pendidikan khususnya pendidikan tinggi di Malaysia, ia perlu melalui proses yang agak panjang dan rumit dengan melihat kepada keperluan dan kesesuaian situasi pandemik ini sekiranya berlarutan.
Oleh kerana itu, KPT memerlukan suatu jangka masa yang mencukupi untuk melantik bakal-bakal Naib Canselor ini ke IPTA-IPTA tersebut.
Lantikan secara tangkap muat dan tergesa-gesa hanya akan mengundang kesan yang negatif bukan sahaja kepada hala tuju universiti tetapi kepada proses pembelajaran mahasiswa, apatah lagi kebanyakan daripada mereka amat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang telah banyak menganggu kelancaran pembelajaran mereka.
* Profesor Madya Dr. Kamarul Faizal Hashim adalah seorang rakyat Malaysia yang bertugas sebagai Pensyarah di University of Dubai, Emiriah Arab Bersatu, manakala Hisyam Basabah adalah seorang penulis bebas dan penganalisis sosial
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hisyam Basabah, Prof Madya Dr Kamarul Faizal Hashim
Mon Jun 14 2021
KPT memerlukan suatu jangka masa yang mencukupi untuk melantik bakal-bakal Naib Canselor ini ke IPTA-IPTA tersebut.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
[KOLUMNIS] Era pascanormal dan krisis kebejatan masyarakat
Era pascanormal ini perlu dihadapi dengan kesedaran yang mendalam melalui akal dan jiwa yang benar-benar bebas daripada kebobrokan.
[KOLUMNIS] Potensi peranan strategik Pusat Pemberian Vaksin di Institusi Pengajian Tinggi
Selain menjadikan PPV di IPT sebagai pusat pengagihan vaksin, peranan strategik pusat ini juga boleh dikembangkan melalui pemberian nilai tambah khususnya melalui usaha penyelidikan.
Ketelitian dan kebijaksanaan dalam melantik Naib Canselor IPTA
Universiti perlu menjadi suri tauladan dengan memberi contoh yang baik. Ia dapat dimulakan dengan pelantikan Naib Canselor yang dilakukan secara terbuka dan profesional.
Dominasi dan eksploitasi Zionis terhadap dunia
Pihak yang menguasai modal seterusnya ekonomi mempunyai kuasa dan kemampuan menekan pihak lain yang tidak mempunyai modal dan kuasa ekonomi.
Kesalingbergantungan antara politik dan ekonomi
Situasi ini cukup memperlihatkan bahawa majoriti dua pertiga amat perlu bagi menjamin kestabilan politik negara
Mizukara, nilai sepunya Melayu yang kini signifikan terhadap masyarakat Jepun
Hamka juga ada menyatakan tentang -international minded- yang sangat perlu sebagai cara dan kaedah untuk bergaul di peringkat antarabangsa.
Sampai bila mahu tunjuk lagak tapi berjiwa hamba?
Sudah cukup rasanya berlagak 'orang putih' kerana ia hanya merugikan diri sendiri dan generasi yang akan mewarisi bumi bertuah ini.
Rodrigo Duterte menghambat ego Amerika Syarikat
Dunia menanti, apakah akan ada kenyataan mahupun tindakan yang dianggap 'gila' dari pemimpin 'Maharlika' ini.
Negara kuasa veto dalam struktur antarabangsa sudah tidak relevan
Negara kuasa besar mempunyai peranan yang cukup penting di dalam sesebuah pertubuhan antarabangsa.
Perang teknologi Amerika Syarikat-China, Malaysia bagaimana?
Situasi kini amat berbeza kerana dilema keselamatan Amerika Syarikat itu sendiri.